Monday 13 June 2016

BELI RUMAH BERAPA RM WAJIB ADA? BERAPA PULA PEMBIAYAAN DARI BANK?

BELI RUMAH BERAPA RM WAJIB ADA? BERAPA PULA PEMBIAYAAN DARI BANK?


BELI RUMAH BERAPA RM WAJIB ADA? BERAPA PULA PEMBIAYAAN DARI BANK?. Kisah ini diolah dan dikongsikan oleh Tuan Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi di akaun facebook beliau.


Sebelum tahu berapa banyak cash kena ada, kena tahu dulu berapa margin of finance yang boleh dapat.
Margin of finance ialah had peratusan "maksima" pembiayaan daripada harga rumah atau nilai pasaran (mana-mana yang lebih rendah) yang boleh diberikan, belum termasuk kos guaman pembiayaan dan kos takaful pembiayaan (jika lulus untuk dibiayai sekali). Jika kos guaman dan kos takaful dibiayai sekali, ia adalah sekitar 3% - 5%.

Berikut ialah margin of finance (MOF) bagi pembiayaan perumahan daripada instituasi kewangan.
1. Rumah Pertama : 90% - 100%
2. Rumah Kedua : 90%
3. Rumah Ketiga dan seterusnya : 70%
Contoh :
Jika harga rumah RM200,000, bagi rumah pertama, MOF ialah 90% dan had maksima pembiayaan ialah RM180,000. Jika kos guaman pembiayaan dan kos takaful pembiayaan boleh dibiayai juga (sekitar 3% - 5%, andaian dalam kes ini ialah 5%), maka pembiayaan yang boleh dapat ialah kira-kira RM180,000 (90%) + RM10,000 (5%) = RM190,000 (95%).

Sekiranya dibuat pembiayaan bersama (joint loan), margin of finance masih tertakluk kepada jumlah rumah yang masih dalam pembiayaan. Contoh :
1. Pembeli 1 (Rumah Pertama) + Pembeli 2 (Rumah Pertama) : 90%
2. Pembeli 1 (Rumah Pertama) + Pembeli 2 (Rumah Kedua) : 90%
3. Pembeli 1 (Rumah Pertama) + Pembeli 2 (Rumah Ketiga) : 70%
4. Pembeli 1 (Rumah Kedua) + Pembeli 2 (Rumah Kedua) : 90%
5. Pembeli 1 (Rumah Ketiga) + Pembeli 2 (Rumah Ketiga) : 70%

Margin of Finance hanyalah HAD MAKSIMUM sahaja dan mungkin juga boleh dapat kurang daripada jumlah tersebut. Ia bukan hanya tertakluk kepada jumlah rumah, namun juga tertakluk kepada faktor-faktor lain, contohnya :
1. Harga rumah
Sesetengah bank memberikan MOF sebanyak 70% sahaja kepada rumah bawah RM100,000 walaupun itu rumah pertama atau kedua.
2. Lokasi rumah
Jika sesuatu rumah terletak di kawasan berisiko tinggi (contoh tanah runtuh) atau kawasan "sejuk" / jin bertendang, MOF biasanya lebih rendah atau mungkin tak dapat langsung.
3. Skor Kredit
Bank akan lihat kelayakan, kemampuan dan tabiat pembayaran hutang pemohon melalui CCRIS, slip gaji, akaun bank dan lain-lain. Jika tidak layak dan tidak mampu serta tabiat pembayaran hutang yang tidak baik, maka MOF mungkin rendah atau permohonan ditolak terus.
4. Nilai pasaran
MOF ialah berdasarkan harga rumah atau nilai pasaran, mana-mana yang lebih rendah. Jika harga rumah ialah RM200,000 namun nilai pasaran hanyalah RM100,000, bank akan kira peratusan MOF berdasarkan nilai pasaran RM100,000 sahaja.

Jadi berapa cash diperlukan untuk beli rumah? Tolaklah daripada MOF tersebut dan ini belum termasuk kos guaman untuk jualbeli (3% - 5%) serta kos pembaikian atau renovasi.

Artikel Asal dari Hartabumi

No comments:

Post a Comment